Pages

Kamis, 14 Agustus 2025

Aceh Darussalam pernah menguasai Malaya suatu ketika dahulu

 Aceh Darussalam pernah menguasai Malaya suatu ketika dahulu?



Berdasarkan artikel Sejarah Aceh: Jejak Peradaban Aceh Darussalam Hingga Kolonial Belanda 1530–1900 oleh Marduati dan Mohamed Ali Haniffa. Perkembangan peradaban Aceh bermula dari zaman Kerajaan Aceh Darussalam hingga penjajahan Belanda. 


Kerajaan ini terbentuk setelah kejatuhan Kerajaan Lamuri dan mencapai kemuncak kegemilangan semasa pemerintahan Sultan Iskandar Muda (1607–1636) yang menjadikan Aceh pelabuhan dagang antarabangsa dengan kekayaan dan budaya yang tinggi. Selain itu, ia turut berjaya menguasai Pahang, Kedah, Perak, Johor dan akhirnya gagal di Melaka. 


 Namun, kejayaan ini mencetuskan konflik apabila Belanda datang menyerang. Agresi pertama Belanda pada tahun 1873 gagal, tetapi pada tahun 1874 mereka berjaya menduduki istana Aceh. Walaupun begitu, rakyat Aceh terus melawan selama 40 tahun hingga 1913. 


Penjajahan ini telah membawa perubahan besar, termasuk pembangunan infrastruktur seperti jalan, rel kereta api dan pejabat kolonial. Pembangunan ini dibuat atas dasar kepentingan pemerintahan Belanda dan bukan untuk rakyat.


Warisan budaya Aceh seperti istana, masjid, makam kuno, dan sistem bandar membuktikan kemajuan peradaban yang telah dibina. Peta Belanda tahun 1944 mencatat sekurang-kurangnya 37 struktur utama. Namun, banyak tinggalan sejarah ini telah musnah akibat peperangan dan penjajahan.


Penelitian ini menegaskan keperluan untuk melestarikan jejak sejarah sebagai bukti kejayaan peradaban Aceh yang pernah berdiri megah di Nusantara.


 #sejarah #malaysia #nusantara #aceh

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Silahkan Berkomentar Dengan Sopan dan santun